:: 5 Fakta Untuk Anda ::
5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK
1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya,
sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan
mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu
keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C !
Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik
rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika
kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya
SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini
bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5,
Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop,
Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun
pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah,
"Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan
apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang
banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak)
turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.
4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak
kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3
hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah
menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan
wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat
antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui
SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu,
yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah
mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah.
Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan
manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang
lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah
dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee
segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini
tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat
barah'.
5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah
perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw
minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah
straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan
apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti
bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah
kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa
yang singkat sahaja.
No comments:
Post a Comment