Thursday, December 29, 2011

# Artis Indonesia # ~ Agnes Monica ~


Agnes Monica Muljoto (kelahiran Jakarta, 1 Julai 1986) ialah artis dan penyanyi Indonesia berbakat yang dikenali kerana drama bersiri Pernikahan Dini (2001-2003) yang ditayangkan di RCTI. Dalam drama bersiri ini ia berlakon sebagai seorang gadis remaja yang masih duduk di bangku SMU dan hamil di luar nikah. Selain itu ia sendiri yang menyanyikan lagu tema Pernikahan Dini.
Dengan kejayaannya ini, Agnes berjaya menjadi salah seorang artis yang ternama dan telah memenangi pelbagai penghargaan hasil bakat lakonannya. Dengan kejayaannya dalam drama bersiri, Agnes yang juga penyanyi cilik ini juga sering mengisi soundtrack drama bersirinya, dan akhirnya menghasilkan album dewasa pertamanya "..And The Story Goes.....". Albumnya berjaya dan melambungkan namanya dalam kancah industri hiburan Indonesia.
Pada 10 Disember 2005, Agnes melancarkan album Whaddup A'..?!. Single pertama berjudul "Bukan Milikmu Lagi". Pada albumnya yang terbaru ini, Agnes berduet dangan Keith Martin (penyanyi asal Amerika Syarikat yang sekarang mencipta karier di Filipina dan juga turut popular di Indonesia dengan lagunya yang berjudul "Because of You") untuk berduet dan menciptakan lagu buat Agnes dalam bahasa Inggeris dengan judul "I'll Light A Candle".


Agnes turut berlakon dalam drama berjudul The Hospital di Taiwan di mana Agnes berlakon bersama Jerry Yan, salah satu personil F4(sekarang berubah nama menjadi JVKV). Agnes juga berlakon dalam siri Romance in The White House, di mana Agnes dalam serial ini berlakon hanya beberapa episode saja. Adapun kedua siri ini telah ditayangkan di Indonesia. Dalam versi lokal, bahagian pembukaan dan penutup disunting sedemikian rupa dengan menyelitkan babab yang melibatkan Agnes. Bagi sebagian fans drama Taiwan, penyuntingan ini dianggap memaksa.
Di penghujung tahun 2006, Agnes memutuskan untuk berhenti sepenuhnya dari kuliahnya di Universiti Pelita Harapan, bidang undang-undang, demi memusatkan usahanya bagi memenuhi matlamatnya untuk pentas antarabangsa. Dikatakan Agnes telah mendapat tawaran dalam bidang muzik di Amerika, dan akan merancang untuk berhijrah ke sana.
Pada tahun 2006, Agnes menjelajah 4 kota (Bandung, Makassar, Surabaya, dan Lampung) yang dibiayai oleh Clasmild. Penjelajahannya ini diberi judul Claznezenzation. Setelah menjelajah 4 kota ini, Agnes menggelar konset tunggal besarnya di Jakarta pada akhir Jun 2006.

PICTURES:
 

No comments:

Post a Comment

You might like this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...