Nia Ramadhani atau nama sebenarnya Prianti Nur Ramadhani binti Priya Ramadhani
merupakan seorang pelakon di Indonesia. Nia dilahirkan pada 16 April 1990 di Jakarta. Nia dan kakaknya, Thalita Ramadhani dibesarkan oleh
ibunya, Chanty Mercia setelah kedua orang tua mereka bercerai ketika Nia
berumur 4 tahun.
Nia memulakan kerjayanya di dunia lakonan sejak usianya menjangkau 15
tahun. Namanya mulai dikenali ketika membintangi drama "Bawang Merah
Bawang Putih". Dalam drama ini, Nia berlakon bersama dengan aktor veteran
Dwi Yan, Lidya Kandou, Neena Rosier serta pelakon remaja Dimaz Andrean Hardy dan Revalina S Temat.
Hingga pada tahun 2007, Nia telah berlakon lebih daripada 10 buah drama. Dari
kejayaan beliaulah, Nia diberi kepercayaan untuk berlakon di layar perak. Pada
tahun 2007, Nia bersama aktor-aktor remaja yang lain seperti Mike Lewis,
Donita, Eva Anindita dan Lia Waode menjayakan sebuah filem seram berjudul
"Suster Ngesot" arahan Arie Aziz. Dalam filem pertamanya, pemilik
wajah cerah ini diarah untuk melakukan adegan ciuman dengan artis baru, Mike
Lewis, seorang model kacukan Kanada.
Nia pernah menjalin hubungan dengan penyanyi R&B, Ressa Herlambang,
namun hubungan mereka tidak kekal lama. Nia juga pernah menjalinkan hubungan
dengan Bambang Reguna Bukit atau yang lebih dikenali sebagai Bams, salah seorang
ahli kumpulan muzik Samsons. Nia sekarang sudah berkahwin
dengan Ardiansyah Bakrie, yang adalah anak Aburizal Bakrie, seorang pengusaha dan ahli politik Indonesia
yang terkenal.
Drama
§
Saras 008, sebagai
Lulu. Terbitan Indosiar in-house, Indosiar - 1999
§
Bidadari 2,
sebagai Helen. Terbitan Multivision Plus, RCTI
- 2002
§
Inikah Rasanya,
sebagai Nanda. Terbitan Rapi Films, SCTV
- 2003
§
Surga Di Telapak
Kaki Ibu, sebagai Bunga. Terbitan Indika, SCTV - 2003
§
Hantu Cilik,
sebagai Alya. Terbitan MD Entertainment, RCTI -
2003
§
Bawang Putih Bawang Merah,
sebagai Siska/Bawang Merah. Terbitan MD Entertainment, RCTI - 2004 s/d 2006
§
Kisah Adinda,
sebagai Aulia. Terbitan MD Entertainment, RCTI - 2004
§
Siti Nurbaya,
sebagai Siti Nurbaya. Terbitan MD Entertainment, Trans TV - 2004 s/d 2005
§
Ratapan Anak Tiri,
sebagai Nina/Marsha (semasa remaja). Terbitan MD Entertainment, RCTI - 2006
§
Hikmah 3, sebagai
Marla. Terbitan MD Entertainment, Indosiar - 2006
§
Benci Jadi Cinta,
sebagai ???. Terbitan MD Entertainment, RCTI - 2006
§
Ridho, sebagai
Aisyah. Terbitan MD Entertainment, TV7 - 2006
§
Extravaganza ABG, Trans TV - 2006
§
Gue Sihir Lo!,
sebagai ???. Terbitan MD Entertainment, SCTV - 2006 s/d 2007
§
Alisha, sebagai
Alisha. Terbitan MD Entertainment, SCTV - 2007
§
Cinta Jangan
Buru-Buru, sebagai Cinta. Terbitan MD Entertainment, SCTV - 2007
§
Cinta Kirana,
sebagai Kirana. Terbitan MD Entertainment, Indosiar - 2008
§
Syarifa, sebagai
Syarifa. Terbitan MD Entertainment, Indosiar - 2008
PICTURES:
No comments:
Post a Comment